SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA, HULU SELANGOR.

KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinannya, sekali lagi kita dapat memulakan satu usaha murni iaitu mewujudkan laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Rasa. Laman web ini diharap mampu berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan seluruh dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat berkaitan mengenai sekolah, laman web ini juga adalah medium bagi guru dan murid melibatkan diri dalam bidang teknologi maklumat.

Besarlah harapan saya agar laman web ini dapat memberi wadah maklumat pendidikan seperti pencapaian sekolah serta aktiviti-aktiviti pendidikan yang dilaksanakan bagi mewujudkan komuniti maya di antara warga sekolah dan juga masyarakat.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada AJK Laman Web ini di atas inisiatif dan usaha dalam mewujudkan laman web sekolah ini. Saya berharap dengan adanya Laman Web ini, ia mampu menjulang nama Sekolah Kebangsaan Rasa ke persada dunia dari segi pencapaian akademik,sahsiah, kokurikulum dan menambat hati masyarakat seluruhnya. InshaAllah.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
NOR ASHIKIN BT HJ. ADNAN
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN RASA

BERITA TERKINI

AKTIVITI SEKOLAH