TEL: 03-60572052

INFO SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Rasa merupakan sekolah yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor.

Sekolah ini secara rasmi telah beroperasi pada tahun 1 Mei 1946 dengan diberi nama Sekolah Melayu Rasa. Guru besar pertama yang yang diberi tanggungjawab mentadbir sekolah ini ialah Encik Abu Bakar bin Abdulah. 

Kini tugas Guru Besar tersebut telah digalas oleh Pn. Nor Ashikin Binti Hj Md. Adnan dan dibantu tiga orang guru penolong kanan iaitu Pn. Umi Kalsom Binti Daud, En. Shaiful Rezal Bin Azmi , dan En. Mohamad Hairil Bin Abdul Abbas.

Sekolah Kebangsaan Rasa didokongi oleh 44 orang guru dan 4 orang AKP. Terdapat 18 kelas perdana dan dua kelas Pra Sekolah yang meliputi sejumlah 545 orang murid yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Rasa.

Sekolah Kebangsaan Rasa merupakan salah sebuah sekolah di Hulu Selangor yang terpilih sebagai Sekolah Transformasi 25 (TS25) Kohort 4 yang menitikberatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid yang meliputi aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah seiring dengan moto SK Rasa iaitu “Rasarian Always The Best”.

———————

Jumlah enrolmen murid SK Rasa (dikemaskini pada 1 Oktober 2020)

Tahun 1 – 83 murid
Tahun 2 – 82 murid
Tahun 3 – 97 murid
Tahun 4 – 100 murid
Tahun 5 – 93 murid
Tahun 6 – 90 murid

Jumlah – 545 murid

Sejarah sekolah ini bermula sebelum Perang Dunia Kedua sebagai sebuah Sekolah Arab. Sekolah ini mula beroperasi secara tidak rasmi pada tahun 1945 dengan dua bangunan kayu yang didirikan oleh penduduk kampung. Selepas Perang Dunia Kedua, Dato’ Mohd Shahyer Bin Dato’ Abdul Hamid, penghulu Mukim Rasa dan Kuala Kubu Bharu ketika itu telah menukarkan Sekolah Arab tersebut kepada Sekolah Melayu Rasa pada 1 Mei 1946. Tanggungjawab ini telah digalas oleh En. Abu Bakar Bin Abdullah selaku Guru Besar pertama bagi sekolah ini.

Tapak asal sekolah ini adalah terletak di tapak loji air sekarang yang bersebelahan dengan Sungai Selangor. Ia kemudiannya berpindah ke tapak sekolah sekarang apabila kawasan tersebut diambil alih oleh sebuah syarikat perlombongan bijih timah. Tapak baharu sekolah ini merupakan kawasan kebun getah.

Pada tahun 1948, kerajaan telah mendirikan bangunan A, B, dan C, tetapi hanya mula digunakan pada 13 Ogos 1950. Sementara menunggu bangunan ini siap dibina, penduduk kampung bekerjasama mendirikan sebuah bangunan sementara. Pada tahun 1973, sebuah bangunan tambahan dua tingkat dan dikenali sebagai Blok Wira telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar.

Pada tahun 1980, sebuah lagi bangunan dua tingkat telah dibina dan mula digunakan pada Januari 1981. Bangunan ini telah dirasmikan pada 19 April 1982 oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Haji Hormat Bin Rafie.

Sekolah ini terus berkembang dengan pembinaan Blok Satria pada tahun 1994. Ia telah menempatkan tiga buah kelas dan sembuah makmal sains. Disebabkan penambahan murid dan keadaan bangunan yang semakin uzur, Pn. Jenifer Binti Omar Bakey telah membuat permohonan untuk mendapatkan bangunan gantian pada tahun 1999. Permohonan tersebut diluluskan beberapa tahun kemudian. Pada tahun 2002, bangunan lama terpaksa dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baharu. Sementara menunggu bangunan bahari siap dibina, sekolah terpaksa beroperasi dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Bangunan gantian ini siap dibina dan sedia untuk digunakan pada 18 Januari 2003. Dengan siapnya bangunan empat tingkat ini diharapkan dapat menampung pertambahan murid pada masa akan datang.

Cemerlang, gemilang dan juga terbilang
Kunci pelajar cemerlang
Pelbagai kaum hubungan terjalin
Jati diri berdaya saing
Disiplin, dedikasi dinamik, itulah visi sekolah kami
Ilmu penyuluh hidup kami semua, moto di SK Rasa
Berdedikasi berhemah tinggi, tolong-menolong menghormati
Hasil didikan guru kami, teras sekolah bestari
Cemerlang, gemilang dan juga terbilang
Kunci pelajar cemerlang
Pelbagai kaum hubungan terjalin
Jati diri berdaya saing

1. Ketua Murid
MUHAMMAD NAZIEF FAHMI BIN MOHD NAZIMI KITEMAN

2. Penolong Ketua Murid
SAFIEA ANIESSA BINTI ABDUL GHANI

3. Ketua Pengawas
MOHAMMAD IMRAN BIN MAT ARIFFIN

4. Penolong Ketua Pengawas
AQILAH NAJDAH BINTI AHMAD NAJMUDIN

5. Ketua Pembimbing Rakan Sebaya
SYAHRIL ADIB MU’IZZUDDIN BIN SYAHRIL AZAM

6. Penolong Ketua Pembimbing Rakan Sebaya
MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN BADRI SHAH
NUR ‘AINA MAISARAH BINTI MOHAMAD AZHAR


7. Ketua Pusat Sumber Sekolah
KU NUR QISTINA QAISARA BINTI KU KAMARUL


8. Penolong Ketua Pusat Sumber Sekolah
FATIN NABIHAH BINTI ZAINURIN

AJK PENAJA

1. Pengerusi
HABIB MOHAMED KASSIM

2. Naib Pengerusi
MUHAMAD FAZLI BIN RAHIM

3. Setiausaha
KU KAMARUL BIN KU AHMAD

4. Penolong Setiausaha
NORAZIZAH BNTI ABDUL AZIZ

5. Bendahari
MUHAMMAD ALIF AZWAN BIN ANUAR

6. Ahli Jawatankuasa
SALIHAH BINTI KARIM
AHMAD LUQMAN AL-HAKIM BIN KHAIROL ANWAR MUSA

BARISAN PENTADBIR SK RASA

1. Guru Besar
PUAN NOR ASHIKIN BINTI HJ. MD. ADNAN

2. Penolong Kanan Pentadbiran
PUAN UMI KALSOM BINTI DAOD

3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
EN SHAIRUL REZAL BIN AZMI

4. Penolong Kanan KoKurikulum
EN MOHAMAD HAIRIL BIN ABDUL ABBAS

5. Setiausaha Kurikulum
PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI ABD HAMID

6. Setiausaha Hal Ehwal Murid
PUAN NOR WAHIRA BINTI ALI

7. Setiausaha Kokurikulum
EN MOHD ZAINI BIN MAT SALLEH

8. Pembantu Tadbir N22
PUAN ROHANI BINTI HUSSIN

4. Pembantu Tadbir N11
PUAN MAHMUTHA BINTI ABD KADIR
NORHASHIMAH BINTI MOHD DAHARI
SITI MARLINA BINTI AHMAD