TEL: 03-60572052

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR PN. NORASHIKIN

Tanggal 21 dan 22 Mac 2023 telah berlangsung Majlis Persaraan Guru Besar SK Rasa Pn. Norashikin binti Hj. Md Adnan di Dewan Terbuka Aula Bestari SK Rasa. Pada hari pertama majlis telah dihadiri oleh tetamu istimewa beliau yang terdiri daripada ahli keluarga, mantan2 Yang Berhormat, Pegwai-Pegawai Pejabat Pendidikan Derah Hulu Selangor, Guru-guru Besar Daerah Hulu Selangor, mantan-mantan guru besar dan kenalan-kenalan yang pernah bekerja bersama beliau.

Pada hari kedua beliau telah diraikan bersama-sama dengan murid-murid dan warga SK Rasa. Sebagai simbolik kenangan beliau bersama warga SK Rasa, bukan sahaja menerima hadiah daripada warga sekolah bahkan beliau telah memberi hadiah kepada semua murid, guru dan kakitangan yang berkhidmat di SK Rasa. Semoga Allah murahkan rezeki Puan Norashikin.

Selamat Bersara Puan Norashikin Binti Hj. Md Adnan. (2017-2023)